"Lagi Tiga Hari Nak Kahwin, Bakal lsteri Lari, Duda Anak Satu Reda Ditinggal Kali Kedua. Rupanya Ini Yg Berlaku..",-
Lagi Tiga Hari Nak Kahwin, Bakal lsteri Lari, Duda Anak Satu Reda Ditinggal Kali Kedua. Rupanya Ini Yg Berlaku
Siapa sangka, majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan terpaksa bertukar menjadi doa selamat selepas bakal isteri bertindak ‘melarikan diri’ pada saat akhir.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Menurut laporan mStar Online, pemuda yang mahu dikenali sebagai Nidzam berkata, dia reda atas ketentuan Allah SWT apabila hasratnya untuk berkahwin buat kali kedua tidak kesampaian.
Bagaimanapun, pemuda berasal dari Kuching, Sarawak mengakui tidak serik bagi mencari cinta sejati dan sentiasa membuka hati kepada wanita yang dapat menerima statusnya sebagai bapa tunggal.
Terdahulu, kisah Nidzam menjadi tular di aplikasi TikTok selepas dimuat naik dalam tempoh beberapa jam sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.
Lebih mengecewakan apabila semua persiapan untuk majlis pernikahan telah dilakukan sebelum akur dengan situasi ‘pelamin anganku musnah’.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa pemuda tersebut selain berharap dia bersabar serta reda dengan dugaan dihadapi.
TONTON VIDEO : KLIK LINK DI SINI
Sumber: mStar Online , TikTok @keroll0907