“Tunjuk kaki sikit..” Firdaus Wong dakwa turut lihat gambar kemalvan lelaki
“Tunjuk kaki sikit..” Firdaus Wong dakwa turut lihat gambar kemaluan lelaki
TENOM: Pendakwah bebas, Firdaus Wong yang memberi keterangan pada perbicaraan kes gangguan seksual dihadapi Ebit Lew, memaklumkan dia melihat beberapa mesej dan gambar lucah dalam telefon bimbit milik wanita yang mendakwa menjadi mangsa, termasuk gambar kemaluan lelaki.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Saksi berkenaan yang juga pengasas dan presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM), menyambung keterangannya pada prosiding yang bersambung hari ini sehingga Khamis selepas ditangguhkan pada 30 September lalu.
Perbicaraan kes menarik tumpuan ramai itu bermula 27 September lalu dan setakat ini sudah menampilkan tiga saksi.
Firdaus Wong turut memberitahu mahkamah, dia melihat terdapat gambar kemaluan lelaki yang dihantar kepada pengadu dalam perbualan wanita itu dengan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37.
Terdahulu, Ebit Lew tiba di bangunan mahkamah pada jam 9.50 pagi dengan menaiki pacuan empat roda berwarna hitam dan ditemani peguam.
Pada 18 Februari lalu, pendakwah selebriti berkenaan didakwa atas 11 pertuduhan, termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.
Tertuduh antara lain didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.
Ebit Lew sebelum ini dikenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Pendakwah selebriti berkenaan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sumber BH