Berlagak gangster!!! Pemandu Nissan ‘naik hantu' gara-gara dihon, penumpang wanita menggeletar tengok drama hayun kayu
[V] Berlagak gangster! Pemandu Nissan ‘naik hantu' gara-gara dihon, penumpang wanita menggeletar tengok drama hayun kayu
SUDAHLAH memandu secara melulu, kemudian mahu mengancam mangsa menggunakan kayu rotan pula.
Begitulah rasa tidak puas hati seorang lelaki gara-gara dihon ketika berada di persimpangan lampu isyarat.
Malah dalam kejadian yang berlaku di Petaling Jaya, Selangor, lagak pemandu lelaki yang menaiki kereta Nissan berwarna hitam itu berlagak seperti gangster.
Menceritakan situasi yang dialami, seorang pemilik akaun Twitter mengakui pertama kali menghadapi kejadian buli jalan raya sehingga menyebabkan dirinya menggeletar.
"Pemandu tu datang dari lorong kanan nak masuk ke lorong kiri, masuk mengejut (tak pastibagi signal ke tak).
"Then my driver honk la. Selepas itu, dah lampu hijau (lampu isyarat) dia tak mahu gerak... my driver honk lagi. Kemudiandia tak puas hati he pulled my car aside nak cari gaduh," ciapnya menceritakan situasi yang berlaku.
Menerusi video itu juga, kelihatan pemandu Nissan keluar dari kereta untuk bersemuka dengan pemandu lelaki yang menaiki kereta Perodua.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, pemandu Nissan kembali ke keretanya untuk mengambil kayu rotan yang dilihat mahu mengancam pemandu Perodua terbabit.
Susulan daripada itu, penumpang wanita itu memaklumkan telah meminta bapanya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian.
"I've already asked my dad to report to his police brother and neighbor. Hopefully they'll be a positive update later," tulisnya bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada laporan polis telah dibuat.
Video berdurasi 2 minit 20 saat itu dirakamkan oleh penumpang, dipercayai sedang menaiki kenderaan e-hailing.
"Nasib bro motor tu ada, apa kes yang dia marah sangat tu? I pernah kena dengan perempuan psiko bawa kereta Axia merah... kejap masuk lorong kanan, kejap ke kiri, kita nak overtake, dia tekan minyak. Buat perangai macam tu dekat lori, masuk bawah lori la dia.
"Dulu tok guru aku ajar tiap kali practice di padang kampung, nak lawan orang gemuk atau badan besar daripada kita, kalau boleh biar dia serang dulu sampai habis nafas (untuk yang laju dan cekap tahan) kemudian hanya serang leher (tok guru ajar point around trakea dan nadi) dengan genggaman empat jari.
"Dia tu sekali hayun dia mengah. Bercakap pun semput-semput. Dia dah hayun tu ko terajang perut dia... baru dia ada akal. Kemudian main kejar-kejar tengok dia larat tak nak berlari kejar," ujar beberapa netizen lagi.