Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Saya pernah terlanjur dgn lelaki tua..😔” Pelajar universiti bongkar semula cerita sebenar yg mengejutkan



“Saya pernah terlanjur dgn lelaki tua..” Pelajar universiti bongkar semula cerita sebenar yg mengejutkan

Sabak Bernam: “Saya benar-benar insaf selepas pernah dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 46 tahun. Saya kemudian ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, di sini, untuk pemulihan,” ujar gadis bernama Rokiah, 23.

Menurutnya, dia kini mahu berubah ke arah kebaikan dan memperbanyakkan amalan kepada Tuhan.

                

Rokiah antara 20 pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang diraikan dalam majlis Hari Kecemerlangan Pelatih Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin dan Penguasa Baitul Ehsan, Nazatushima Osman.

Rokiah berkata, dia pada mulanya memberontak terhadap keputusan ibu bapanya mahu ditempatkannya di Baitul Ehsan.

“Bagaimanapun, suasana di sini mengubah kehidupan saya sepenuhnya terutama soal agama. Daripada jarang mengerjakan sembahyang, kini saya terapkan disiplin solat di awal waktu.

“Walaupun kehilangan ramai kawan selepas kejadian khalwat itu, ia tidak mematahkan semangat untuk saya meneruskan kehidupan,” katanya yang memaklumkan mahu bercita-cita menjadi askar.

“Alhamdulillah.. Benda terjadi sbb Allah nk jentik kita supaya ingat kat Dia. Sy pun pernah tersasar hidup.. Satu kejadian buruk berlaku baru² ni buat sy insaf byk perkara dan skrg tgh slowly belajar balik bab agama. Yg dok buat lawak pasal ni jgn happy sgt. Takut ujian anda lg teruk nanti.” – Leia Harris

“kes mcm ni banyak… alhamdudilah adik.. jgn peduli pd manusia.. diri kita dgn Allah itulah kehidupan sebenarnya” – Ayman

“Ambil iktibar. Sesiapa pun boleh ditimpa ujian. Bentuk ujian pun pelbagai bentuk. Moga Allah menerima taubat kita.” – Zulkepli

“Benda dah lepas…nak menyesal x guna.ubah la apa yg patut sis.semua kat tangan sdri..mlas nk kutuk lebih2 perjlnn hidup jauh lg.msa dpn pn xtaw lg mcm mne.takut nanti terkena batang hidung sdri..” – Fyda

Sumber HM