Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

-Hari ini emak sudah tiada...πŸ₯Ί” – Abby Abadi sebak kehilangan insan tercinta.

-Hari ini emak sudah tiada” – Abby Abadi sebak kehilangan insan tercinta.
IBU kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari Khamis.
Berkongsi perkara tersebut, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkata, ibunya, Hasnah Abu sudah beberapa tahun menjalani rawatan berkenaan akibat masalah buah pinggang dan sempat meluangkan masa bersama Allahyarham pada Rabu.
“Baru semalam saya menghadap mak, masakkan makanan dan belikan buah kegemarannya. Teman mak makan dan solat, teman berbual.
“Hari ini emak sudah tiada,” katanya.
Abby memaklumkan mengenai pemergian ibunya menerusi perkongsian di lnstagram miliknya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.
Sementara itu, suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria berkata, ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis.
Minggu lalu kata Faizal, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.
“Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua jug adalah masalah jantung.
“Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” ujarnya kepada mStar.