“Saya Dah Jga Sebaiknya..Keluarga Nak Ambil Dia..”- Jaga Suami Lumpuh Smpai Boleh Jalan, Akhirnya Siti Rohayu Bercer4i


Bagi yang bergelar suami isteri pasti cukup familiar dengan satu kisah viral dulu berkisarkan pengorbanan serta kecekalan seorang wanita bernama Siti Rohayu dalam menjaga serta merawat suaminya selepas terlantar akibat nahas jalan raya. Tatkala mungkin ramai yang akan berputus asa untuk lihat lelaki tersebut sembuh kembali, namun Ayu atau senang digelar Umy tetap yakin demi anak-anak. LIHAT VIDEO BAWAH SEKALI…

Buat kali terakhir ku jalankan tugas sebagai seorang isteri buat dirimu
Bukan senang nak membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama perlu bertungkus-lumus mencari rezeki. Namun semua itu berjaya dibuktikan Umy apabila suaminya tersebut boleh dikatakan sembuh sepenuhnya dan sudah boleh berjalan. Akan tetapi, siapa sangka jodoh pasangan suami isteri tersebut tidak bertahan lama dan wanita itu dilihat memberi bayangan sedang dalam proses berpisah atas sebab tertentu.

Buat kali terakhir Umy Ayu bersama Abi. Terbaru pagi ini, pasangan suami isteri berkenaan dilihat telah pun datang ke Mahkamah Syariah Daerah Besut untuk urusan perpisahan itu. Dengan cukup sayu, katanya itulah detik-detik terakhir mereka berdua sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Sepanjang berjalan masuk, Umy dan juga suami dilihat tenang bergandingan tangan.

Ya Allah sihat semula Abi, kami saksi dari hari nahas sampai ke harini…Dari terlantar sampai boleh berjalan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui turut sama terkesan dan sedih melihat pengakhiran rumah tangga pasangan tersebut. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga selepas ini Umy tabah teruskan hidup bersama anak-anak tanpa perlu fikirkan orang lain.

Lebih 91 hari terlantar koma sehinggalah turut hampir kehilangan ingatan, kisah seorang suami yang dijaga isteri bernama Siti Rohayu atau Ayu dahulunya pernah menjadi perhatian ramai. Mana taknya, wanita itulah yang paling setia bersama dan tak pernah give up untuk melihat pasangannya itu sembuh seperti sedia kala.

Penjelasan Siti Rohayu ada dalam video ini

Kini suami dah hampir pulih sepenuhnya…Tapi dah tiada gambar bersama

Siapa sangka kini wanita itu mampu tersenyum tatkala melihat Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sudah pun hampir pulih sepenuhnya. Malah sempat tular sebelum ini rakaman ketika lelaki tersebut sakan bernyanyi membuktikan rasa sayang dan cintanya kepada isteri. Walau bagaimanapun, terkini melalui tinjauan sudah tidak ada lagi gambar atau video si suami di mana-mana media sosial milik Ayu.

Menerusi satu posting di Facebook, Ayu sempat memuat naik status beri bayangan seakan-akan sedang dalam proses berpisah dengan pasangannya itu. Jelas wanita tersebut, meskipun berat namun dia akui sudah cukup penat psikologi dan juga fizikal untuk mempertahankan rumah tangga berkenaan. Biarlah kini anak-anak dan juga diri sendiri menjadi keutamaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan juga terkejut saat mengetahui perkembangan terbaru pasangan suami isteri berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan dua zuriatnya.