Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Luluh hati saya..” Bapa kepada wanita maut kemalangan menggigil menanti jenazah anak. Salam takziah buat keluarga


“Luluh hati saya..” Bapa kepada wanita maut kemalangan menggigil menanti jenazah anak. Salam takziah buat keluarga

KULAI: “Allah! Allahuakbar! Saya tidak tinggal awak, yang. Allah, Itu bini saya bang. Allah.. Allah… Allah!”

RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI  BAPA MENUNGGU JENAZAH ANAK ADA DI BAWAH SEKALI

Jeritan menyayat hati itu datangnya daripada seorang lelaki yang terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, memaklumkan isterinya berada dalam kenderaan yang terbakar.

                   

“Turut disahkan meninggal dunia ialah seorang mangsa yang menaiki Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.

“Kita menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.47 malam dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori jenis Isuzu, Proton Wira dan Toyota Vios.

“Lori berkenaan terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios hangus 90 peratus. Sebuah kereta Proton Preve yang turut terbabit dalam kemalangan tidak terbakar.

“Seorang mangsa wanita di tempat duduk penumpang Proton Wira ditemui tersepit dan rentung manakala pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, dua mangsa yang menaiki lori Isuzu dikenali sebagai S Suresh, 38, dan Mok You Jian, 22, serta pemandu Proton Preve, Bunayami Yahya, 43, tidak cedera.

Mohd Fauzi berkata, operasi memadam kebakaran masih dilakukan setakat tengah malam ini oleh 18 anggota dari BBP Renggam, Kulai dan Ayer Hitam.

Luahan sebak dari rakan kenalan arwah :

Mohon sedekahkan Al fatihah buat sahabat saya Nurul Nazihah Binti Kamalul Arifin Nurul Nazihah yang baru sahaja kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di Highway Sedenak malam tadi.

Arwah baru sahaja balik dari umrah seminggu yang lepas. Sebelum arwah pergi ke umrah, arwah ada whatsapp kami semua minta doa dipermudahkan urusan disana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana.

Sebelum dapat tahu arwah meninggal, baru je beberapa jam sebelum tu tengok status arwah di whatsapp, arwah ada update status kat story minta dipermudahkan urusan teman suaminya pergi appoinment dengan client untuk urusan medical card & hibah, dan arwah juga ada selitkan ayat “Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik baiknya penolong kami”.

Terlalu sebak melihat video suami arwah meraung. Allah

Salam takziah untuk keluarga Azie dan semoga Keluarga Azie dan Suami Azie tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Tenanglah disana wahai sabahatku Azie.

 

Kota Tinggi: “Luluh hati saya bila tengok video kereta dinaiki Azi terbakar,” kata Kamalul Arifin Ahmad, 66, bapa kepada Nurul Nazihah, 28, yang maut dalam kemalangan tragis di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak, malam tadi.

Kamalul Arifin berkata, ketika melihat rakaman video yang tular itu dia mengalirkan air mata dan tidak sanggup meneruskannya sehingga habis apabila mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.

“Hati saya luluh dan tubuh menggigil apabila dimaklumkan Azi maut selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar.

“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.

“Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri (Saliah Hood, 56) paling sedih kerana mereka berdua sangat rapat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Kamalul Ariffin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.

Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.

“Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain.

“Sebenarnya kami empat beranak baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.

“Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.

“Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.

Sumber HM