Nampaknya sejak kebelakangan ni nama penyanyi Maysa Masyitah menjadi bualan ramai apabila ramai yang kurang senang dengan cara pemakaiannya.

Terbaru, perkongsiannya sekali lagi hangat diperkatakan apabila penyanyi itu memuat naik gambarnya mempunyai tindik di bahagian hidung. Bukan itu saja, pemilihan pakaiannya yang tambil serba hitam itu juga turut dikritik oleh netizen.


BACA: Netizen Sakit Mata Tengok Fesyen Pelik Masya Masyitah

Diruangan komen, ada yang mendakwa gaya tindik di hidung itu seperti lembu. Tidak kurang juga ada yang mengatakan cara pemakaiannya itu tidak melambangkan imej seorang wanita bertudung.

Memetik Astro Gempak, Masya hanya tertawa dengan dakwaan tersebut berkata dia tidak menindik hidung sebaliknya ianya tindik palsu pakai buang.


“Saya tak nak kata apalah, sebenarnya adda betulnya juga. Jujurnya, saya suka tengok trend fesyen sekarang dan untuk pengetahuan, saya tidak menindik hidung saya secara kekal. Ia merupakan tindik palsu yang pakai buang, nak bagi nampak jahat dalam klip video.

“Kalau tentang komen netizen, saya tak hiraukan dan tak balas sebab kalau nak jawab, kita pun tahu hukum agama. Saya dah terima dan ambil risiko pakai macam tu,” katanya.

Difahamkan, Masya muncul dengan single terbaru berjudul Simpanan. Barusaja dilancarkan padda 19 Ogos lalu, muzik video tersebut sudah mendapat sebanyak lebih 230,000 jumlah tontonan.