“Saya dah Hubungi Shahir.. Saya Tnya Dulu..” Baru Je Shahir Umum Tarikh Nlkah, Skali ini Kata2 Erra Fazira
“Saya dah Hubungi Shahir.. Saya Tnya Dulu..” Baru Je Shahir Umum Tarikh Nlkah, Skali ini Kata2 Erra Fazira
Penyanyi Shahir Zawawi bakal bernikah dengan tunangnya, Jaskin Jaludin, 30, di Subang Jaya, pada 2 September ini. Shahir, 34, atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi berkata, dia berdebar untuk melangkah ke fasa seterusnya selain bakal menjadi ketua keluarga. “Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman.
“Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Shahir, segala persiapan sudah dilakukan biarpun dibuat dalam tempoh singkat. “Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni.
“Bagi saya, majlis ini lebih pada nak halalkan hubungan dan dalam masa sama moga Allah permudahkan,” katanya. Shahir dan pasangannya juga bakal diraikan pada majlis persandingan yang diadakan pada 3 September di lokasi sama. Terdahulu, Shahir mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman wanita itu di Tawau, Sabah.
Melalui satu temubual dengan pihak media, Erra Fazira, mendedahkan dia dah tahu awal. “Saya ada menghubunginya dan tanya sendiri pada Shahir, selepas saya terdengar tentang khabar dia nak kahwin. Hal ini sebelum pihak media tahu lagi, saya dah tanya dia dulu. Selepas itu dia cerita dan kemudian barulah semua pihak media tahu dan laporan tentangnya di keluarkan.” “Shahir dah ceritakan semuanya pada saya. Dan dah tentu saya juga teruja mendengarnya.”
“Bagi saya, Shahir memang dah bersedia sangat. Saya ucapkan tahniah kepadanya. Saya doakan semoga ini perkahwinan pertama dan juga yang terakhir buat dirinya.” “Kini saya masih maintain dan kekalkan hubungan baik dengan semua rakan-rakan. Sesiapa pun saya mahu dan nak berkawan, walaupun tak ada jodoh, kami tak bermvsuh. Bila dengar berita yang baik, dah tentu kita pun turut gembira buat mereka.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber Hmetro via Newstoday80