“Dulu Jaga Suami Sakit, Baru Je Bercerai, Lepas 4 Bulan Kahwin Lagi” Netzen Mula Beri Ayat Tak Elok


DUGAAN demi dugaan terpaksa ditempuhi wanita ini dalam kehidupannya melayari bahtera rumah tangga sebelum ini.

Namun kini Siti Rohayu memilih untuk memulakan hidup baharu selepas beberapa tahun terpaksa melalui jalan berliku dan cabaran dalam perkahwinannya.

Sebelum ini, kisah dirinya yang lebih dikenali sebagai Umy ini menjadi tular apabila sanggup membantu dan menjaga suaminya yang terlantar koma selama 90 hari sehingga pulih walaupun dikatakan sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Namun perkahwinannya hanya mampu bertahan selama sembilan tahun apabila selepas suaminya sihat, mereka terus bercerai pada Oktober 2022, didakwa angkara campur tangan orang lain.

Pasangan ini diijabkabul pada 3 Mac lalu.

Pada Jumaat, Umy yang enggan menoleh lagi masa silamnya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki bujang pilihan keluarga.

Perkahwinan dengan mas kahwin berjumlah RM33,3333 berlangsung di Besut, Terengganu itu diraikan oleh ramai pengikutnya yang turut datang dari jauh.

Bagaimanapun menerusi satu sesi ‘live’ TikTok yang sempat dilakukan ketika majlis persandingannya, terdapat pula komen-komen negatif dan tidak sedap didengar yang ditinggalkan netizen.

Kebanyakan komen seolah-olah menuduh Umy sudah lama merancang perkahwinan dengan suami baharunya dan mempunyai ‘skandal’ dengan lelaki itu sejak awal lagi.

“Dulu pernah kena tangkap basah. Memang dah plan. Rupanya memang betul skandal,” merupakan antara komen kecaman yang dibaca semula oleh Umy.

Walaupun begitu, Umy tidak melenting membaca komen-komen tersebut bahkan menjawabnya dengan tenang.

“Eh tak, jodoh dari dalam perut lagi. Allah dah tetapkan. Siapa kita nak lawan takdir.

“Kalau benda tu betul, saya tak buat grand macam ni. Saya nikah senyap-senyap.

“Ni saya nak tunjuk pada semua. Biarlah yang orang tuduh tu jadi kenyataan. Biar ‘kepanasan’ orang yang perangkap saya tu. Tapi bukan itu sebenarnya niat saya,” katanya menjelaskan hal tersebut.

Menurut Umy dia juga sama sekali tidak kisah jika masih ada yang beranggapan buruk terhadap dirinya.

Antara foto dikongsikan Umy di Instagram miliknya.

Tegasnya, keputusan untuk bernikah secepat mungkin dibuat setelah mempertimbangkan saranan ahli keluarga.

Wanita berkenaan juga menerima dengan baik takdir dan jodoh yang telah disiapkan Allah untuknya.

Sumber : MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.