“D0a Mama jumpa orang lebih baik..” Akhirnya Tunang Anju dedah status hubungan bersama

Perkenalan Zarina Anjoulie a.k.a Anju dengan Datuk Seri Khazrul Elzey cukup mengujakan ramai peminat. Setelah beberapa kali rumah tangga aktres tersebut gagal sebelum ini, lelaki penyayang berkenaan melayani dengan sangat baik termasuklah pernah menghadiahkan sebuah rumah.

Anju menulis kapsyen di hantaran IG berbunyi “Broken tapi masih bertahan”. Berdasarkan banyak video yang pernah dikongsikan, anak-anak juga sudah selesa dengan bakal ibu serta ayah baru.

Akan tetapi, tindakan Anju memadamkan segala posting dengan DS Khazrul Elzey semalam telah mencetuskan dakwaan bahawa hubungan mereka sedang dilanda ujian. Papa tak sebaik yang Mama impikan…Kita berdua masih ada kekurangan.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi mengenai status terkini perhubungan mereka, Story TikTok lelaki tersebut seakan memberikan bayangan jawapan. Mengakui masing-masing masih banyak kekurangan, DS Khazrul Elzey mendoakan semoga Anju akan dipertemukan lelaki yang jauh lebih baik di masa akan datang.

Datuk Seri cubalah pujuk & jangan give up dengan Anju…Serius sedih. Belum sebulan bertunang tiba-tiba jadi begitu, netizen yang setia mengikuti kisah cinta pasangan secocok ini juga tumpang sedih. Namun mereka mendoakan semoga keadaan dapat diperbaiki.

Tambah pula masing-masing sudah bertemu pihak keluarga, hanya satu fasa saja lagi perlu ditempuhi sebelum bergelar suami isteri. Tidak ketinggalan, ada yang berpendapat mungkin mereka sedang menghadapi dugaan bertunang.

Sumber : Erinsakura