Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Tk sanggup tengok Anak ‘0perate’, Mohon d0a. Zarina Zainuddin dedah ini trjadi..😥",-

Tk sanggup tengok Anak ‘0perate’, Mohon d0a. Zarina Zainuddin dedah ini trjadi




“Kepala saya saklt sangat sampai nak hantuk ke dinding,” kata pelakon, Zarina Zainuddin.

Zarina berkata akibat kesakitan yang dialami itu dia terpaksa menjalani pembedahan hidung yang dibuatnya atas alasan perubatan kerana masalah sinus dan migrain yang teruk.

Menerusi video yang dikongsi di laman instagram, Zarina berkata, dia juga sudah berjumpa doktor dan menjalani pembedahan untuk membuang bendalir di hidungnya itu.

“Saya ada masalah sinus dan migrain yang teruk sampai tidak boleh bercakap. Masalah sinus ini membuatkan saya selalu berasa sakit kepala dan berasa nak marah saja. Saya berasa sangat sakit sampai mahu membuka tudung kerana sudah tidak larat kerana kepala saya sakit sangat,” katanya.

Justeru, kata Zarina, dia juga meminta mereka yang tidak tahu masalah dan keadaan sebenar dihadapinya supaya tidak memberi komen sesuka hati.

“Saya baca komen anda semua yang tak tahu menahu mengenai diri tapi menuduh saya macam-macam. Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus ‘judge’ jumpa saya untuk minta maaf.

“Saya baca komen sampai asyik menangis dan lagi sakit kepala,” katanya. Zarina berkata, anaknya, Azal juga mengalami masalah yang sama dengannya.

 


“Saya tidak sanggup nak ‘operate’ dia kerana keadaannya begitu. Jadi dia cuma makan ubat saja. Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya, tolong doakan saya.

“Sedapnya cakap hati orang terluka dan korang boleh ketawa ya?,” katanya. Zarina berkata, dia juga tidak mahu keadaan hidungnya jadi seperti itu.

Perkongsian Zarina itu turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan kebanyakan mereka simpati dan turut mendoakan kesembuhannya.

Ira Kazar Akhirnya Tampil MohonMaaf, Kali Ini buat pengakuan SaIah.Semoga Insaf



Sejak kebelakangan ini, kontroversi mengenai rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah filem, Syamsul Yusof menjadi bualan hangat apabila didakwa sudah berkahwin dengan Ira Kaza.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendakwa bahawa suaminya itu telah berkahwin dengan Ira Kaza namun tiada majlis diadakan ibarat perkahwinan ‘cowboy’.

Sehubungan itu, Sarah meminta Syamsul untuk mengaku jujur dengan orang ramai supaya tidak menimbulkan fitnah tentang hubungannya dengan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi, Ira Kaza.

Namun begitu, kenyataan Sarah tersebut dikatakan menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir pihak.

Susulan itu, Sarah bertindak memuat naik satu hantaran menerusi Instagram Storiesnya (IGS) baru-baru ini mendakwa bahawa suaminya itu telah bernikah dengan Ira Kaza di Thailand.

“Ramai tanya Sarah pasal ini. Dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba-tiba tau kahwin dekat Thailand?

“Pastu tak mengaku? By the way, nak saman JAWI tu dah betul-betul sure ke? Jangan terbalik pulak jadinya. Sis tanya je.

“Nak sambung makan popcorn. Kat Disneyland ni popcorn sedap,” tulis Sarah. Puteri Sarah Liyana, 37, mungkin akan mempertimbangkan sekiranya orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof tampil dengan cara baik dengan mohon maaf dan minta izin untuk menjadi isteri nombor dua.

Ulasan penuh dibawa dari channel kokoci tv.

“Jika awal-awal dia (orang ketiga) berbuat sedemikian, saya mungkin marah, tetapi akan juga mempertimbangkan.

“Tetapi, dia pula awal-awal mendera mental dan emosi, kemudiannya menyerang ibu mentua saya. Apabila ibu mentua menyekatnya, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda?,” katanya.

Puteri Sarah menjawab soalan diutarakan oleh pelakon, Nad Zainal menerusi sesi Instagram (IG) Live, beberapa jam lalu.

Sesi IG Live itu dipercayai bagi memberi semangat kepada Puteri Sarah yang memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya.

Menerusi sesi IG Live sekitar 24 minit itu, Puteri Sarah dalam perjalanan pulang dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjelaskan tujuannya mengambil tindakan undang-undang.

“Sekarang, orang mempertikaikan tindakan saya nak saman. Tujuan saya, bukan nak ambil suami semula, itu mungkin berlaku empat tahun lalu. “Apa yang dilakukan demi menuntut hak saya dan anak-anak. Sekarang, saya hanya fikir anak-anak sahaja.

“Saya buat dua tuntutan iaitu mengganggu ketenteraman saya sebagai kes civil. Saya laporkan kepada JAWI dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana gangguan rumah tangga dan dikategorikan sebagai jenyah.

“Saya harap semua orang doakan perkara ini jatuh sebagai kes jenayah,” katanya lagi. Puteri Sarah berkata, dia mahukan keadilan atas setiap kesusahan yang dihadapi sejak empat tahun lalu.

“Jujurnya, saya nak buat macam-macam apabila perkara ini berlaku, empat tahun lalu. “Namun, masa itu, saya masih mahu menjaga aib suami dan keluarga. Disebabkan itu, saya bertahan selama empat tahun.

“Ketika itu, saya fikir selagi boleh tahan, saya akan bertahan. Namun, lama kelamaan mental saya pula asyik dikacau, jadi, cukup-cukuplah. Saya sudah penat.

“Sepatutnya, saya hentam dan ganyang orang ketiga kerana ambil suami saya. Ini tidak, saya hanya berdiam diri. “Tetapi, dia pula ganggu saya seolah-olah saya rampas suaminya. Ini sudah terbalik,” katanya.

Puteri Sarah berkata, dia mempunyai rakan yang menjadi isteri kedua. “Saya tengok rakan saya hormat isteri pertama, tak pernah kacau dan duduk diam sahaja. Itulah sepatutnya yang berlaku,” katanya.

Sumber : ohbulan dan yt kokoci tv


Lama Menyepi, Nekad Berhenti Menyanyi, Inilah Wajah Terkini Eisya Nurani Ramai Tak Sangka



Masih ingat dengan lagu Nurani yang pernah meniti di bibir peminat suatu ketika dahulu? Penyanyi tersebut adalah Eisya atau lebih dikenali sebagai Eisya Nurani kini dikatakan sudah berhenti dari bidang nyanyian.

Keputusan ini dibuat bagi menumpukan sepenuhnya kepada keluarga dan anak – anak setelah berpisah dengan suami pada dua tahun lepas.

Malah menurut Eisya atau nama sebenarnya Khairul Bariah, beliau juga berasa sedih akibat kehilangan bapa tercinta kerana selepas berpisah dengan bekas suami, bapa beliau lah tempat untuk menumpang kasih disamping ibu dan anak-anak.

Pernah sepanjang 100 hari bapanya meninggal dunia, Eisya akan melawat pusaranya setiap hari.

Namun, selepas memikirkan masa depan anak-anak, Eisya tampil kuat dengan mengusahakan perniagaan arwah bapanya bersama ibu tercinta. Ujar Eisya yang kini lebih selesa untuk berniqab.

Gambar terkini Eisya di petik dari IG beliau kasiheisya_nurani. Lagu berjudul Nurani daripada album pertama yang diterbitkan pada 1997 memperkenalkan nama Eisya Ahmad kepada peminat.

Eisya atau nama sebenarnya Khairul Bariyah, 42, kemudian menyiapkan album kedua berjudul Firasat pada 2000, namun malangnya syarikat rakamannya, Ambang Klasik menutup operasinya.

“Saya baru merancang nak buat promosi ketika itu tapi apabila jadi begitu, perancangan itu tergendala. Namun lagu saya sempat juga diputarkan di stesen radio.

“Saya juga baru selesai berlakon filem Syukur 21 yang jadi sebutan ramai kerana pembikinannya yang gah waktu itu.

“Kemudian pada 2002 saya berkahwin dan bercadang berehat sekejap kerana mengandung. Bagaimanapun, tak sangka saya akhirnya berehat terus daripada nyanyian,” katanya.

Eisya yang kini bergelar ibu tunggal kepada tiga anak iaitu Kasih Muhammad Haikal, 16, Kasih Muhammad Faris, 11, dan Kasih Ayesha Yasmin, 6, apabila membuat keputusan bercerai pada 2015.

“Selepas bercerai saya kembali kepada keluarga dan kembali diuruskan bapa. Saya memang rapat dengan bapa dan dikenali sebagai ‘anak abah’.

“Saya berjaya siapkan dua single dan mula menyanyi dalam pelbagai program. Pernah juga ditawarkan terbabit untuk Gegar Vaganza tapi saya rasa belum bersedia,” katanya.

Tahun 2016 membawa cerita berbeza buat Eisya apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah dengan bapanya pada Februari.

Dia turut sama membawa anak bongsunya, Kasih Ayesha Yasmin.

“Segala-galanya berjalan lancar di sana. Kami kemudian pulang ke Malaysia dan selepas 44 hari pulang, abah meninggalkan kami sekeluarga akibat serangan jantung pada 14 April.

“Sebenarnya arwah abah sudah menunjukkan pelbagai tanda sebelum dia pergi tinggalkan kami tapi saya tak perasan.

“Antaranya dia pesan kepada saya sekiranya dia sudah tiada, tak payahlah saya menyanyi lagi kerana dia akan susah ‘di bawah’ nanti.

“Mudahnya saya kena pencen menyanyi kerana abah kata, dia yang bawa saya menyanyi dan menaikkan nama saya. Jadi apabila dia tiada, janganlah menyanyi lagi,” katanya.

Eisya pada mulanya menyangka bapanya bergurau, namun apabila bapanya meninggal dunia, pesanan itu kembali terngiang-ngiang di telinganya.

“Saya nekad berhenti nyanyi dan tiada perasaan untuk menyanyi di khalayak. Setakat menyanyi di rumah bersama anak biasalah.

“Tapi tiada seorang pun di antara mereka yang nampak nak ikut jejak saya. Sebenarnya selepas bercerai, saya tak rasa saya seorang ibu tunggal kerana rasa diri anak abah.

“Apabila dia tiada, barulah perasaan ini timbul. Saya ibu tunggal dan orang datang berkunjung ke rumah emak hantar itu ini dan timbul rasa segan. Akhirnya saya buat keputusan memakai purdah,” katanya.

Sumber: hmetro

Afeefa Tlpu? Bekas Suami Dedah Ada Perbualan Telefon Antara Mereka

Published

  

on

 

By

 

Pelakon, Adam Shahz berkongsi rasa gembira atas berita perkahwinan bekas isterinya, Fatin Afeefa yang disahkan bernikah malam semalam.

Adam ketika dihubungi turut mengingatkan Fatin supaya tidak lupa akan tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.

“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.

Adam yang kini berada di Thailand berkata, ini adalah perbicaraan kali pertama mereka bagi menuntut hak penjagaan anak, Ivy Herra Sophia, 7.

“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu. “Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.

Ulasan penuh dari channel kokoci tv.

“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” katanya. Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai bapa.

“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” katanya.

Baru-baru ini, Adak ada memuat naik video perbualannya dengan anak mereka iaitu Ivy Herra Sophia. Kadang-kadang tidur dengan mommy tapi kebanyakan masa tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab mommy suruh.” kata Ivy.

Mendengar jawapan Ivy itu, Adam bertanyakan lagi soalan ibunya tidur dengan siapa jika tidak tidur dengannya. “Lepas tu, mommy tidur dengan siapa? “Dengan mommy punya boyf…..” kata Ivy lagi.

Menerusi video itu, Adam mendakwa ini punca dia tidak boleh berjumpa dengan anaknya kerana bimbang anak akan mengadu mengenai kelakuan bekas isterinya. Dalam perbualan itu, Adam bertanyakan situasi Ivy yang tidak tidur dengan ibunya tetapi dengan abangnya, Adam Aisy Arrian.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan berita pernikahan Fatin dengan lelaki pilihan hati dikenali Aliff Awang yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor, malam tadi.

Sebelum ini, Fatin berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian,10.

Sumber : Hmetro