"kedua2 isteri banyakkan bersabar.."Syamsul akhirnya kongsi foto nikah turut ucap sesuatu buat isteri2 beliau!!!
Syamsul akhirnya kongsi foto nikah, turut ucap sesuatu buat isteri2 beliau ‘kedua2 isteri banyakkan bersabar’

Pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana sememangnya telah diketahui umum. Mana tidaknya, dia yang mengesahkan telah bernikah dengan Ira Kaza di Thailand menuai makian netizen.
Walau bagaimanapun, Syamsul dilihat tetap tenang dan tidak memberikan sebarang kenyataan selepas mengesahkan sudah bernikah dengan anak kepada aktor senior. Kazar Saisi.
Kongsi gambar kedua-dua isteri. Menerusi hantaran terbaru Syamsul di Instagramnya, pengarah tersohor itu telah memuat naik gambar pernikahan sewaktu menikahi Puteri Sarah dan juga Ira Kaza.
Dalam kapsyen yang disertakan, dia meminta agar kedua-dua isterinya bersabar dan bertenang termasuklah memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Minta doa yang terbaik. Perkongsian ringkas itu dibuat selepas hampir seminggu kisah rumah tangganya menjadi perhatian media termasuklah pelbagai kecaman diterima.
Ahli keluarga Syamsul juga turut memberikan kenyataan dengan mengakui kecewa setelah mengetahui dia bernikah di Thailand tanpa pengetahuan keluarga.
Terdahulu, Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG), sebentar tadi.
Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. “Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Kazar. “Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.
Syamsul mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya. “Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan.
“Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana. “Saya bernikah secara sah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.
“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi video berkenaan. Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu mengakui, Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah.
“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. “Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. “Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. “Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.
Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya. “Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat. “Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.