"Allahuakbar!!! Terpegang tiang, 3beradik ‘pergi’ serentak. Reaksl Ayah redha disisi Anak2 buat ramai trsentuh..",-
Terpegang tiang, 3beradik ‘pergi’ serentak. Reaksl Ayah redha disisi Anak2 buat ramai trsentuh

- Seperti diketahui umum, musim tengkujuh kini mula melanda beberapa kawasan serta negeri pada skala yang membimbangkan. Banjir bukanlah pesta air, sebaliknya terdapat banyak risiko menanti jika terdedah kepada manusia.
Bukan setakat tenggelam dibawa arus, bahkan air yang tenang jangan disangka tiada arus elektrik.
Malang tak berbau…3 beradik terkena renjatan elektrik di rumah yang dilanda banjir.
Selepas berita pemergian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun di Terengganu semalam, pagi tadi berita sedih pula menyusul di Tumpat, Kelantan. Malang tidak berbau, 3 beradik perempuan telah ditemui tak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau, Morak.
Kesemua mereka berusia 27, 25 dan 20 tahun menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian sekitar jam 11.45 ini.
Asbab seorang terpegang tiang rumah, 2 lagi terkena renjatan juga…bapa terduduk sedih kehilangan 3 anak serentak.
Difahamkan, arus elektrik melalui awning rumah tersebut berdekatan sebatang tiang. Salah seorang wanita bagaimanapun terkena renjatan elektrik selepas menyentuh tiang berkenaan, sebelum terkena dua beradik lagi yang kebetulan berada di hadapan rumah.
Menerusi foto yang tersebar meluas di media sosial, si bapa turut dilihat terduduk sedih gara-gara kehilangan 3 anak perempuan serentak dalam kejadian ini.
Tak sangka terpegang tiang batu pun boleh kena renjatan…salam takziah, ujian buat ahli keluarga yang terlibat.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga 3 beradik malang berkenaan. Dalam waktu yang sama, mereka turut menasihati penduduk yang sedang terjejas banjir agar menjauhkan diri daripada sebarang sumber elektrik.
“Berhati hati lah dgn barangan eletrik,suis dan juga wayar wayar letrik di musim banjir… selagi aliran eletrik suis besar tidak di matlkan”
“Selalu waktu banjir TB akan tutup bekalan elektrik. Lagipun banjir dalam kali ni. Harap ada tindakan pantas”
Sumber : kisah dunia