"Proses IVF isteri masuk peringkat seterusnya, Achey serah ketentuan Allah beri rezeki anak.. ",-
SEJAK memulakan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada Ogos lalu, isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya memulakan proses seterusnya dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36, berkata, isterinya yang lebih mesra dengan sapaan Anne akan menjalani proses penting iaitu memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.
"Bismillah, bermula Ogos dan kini proses penting telah pun tiba... memasukkan embrio matang ke dalam tubuh ibunya. Fasa yang sangat penting, mudah- mudahan berjaya," katanya.
Perkara itu dikongsi Achey menerusi Instagram miliknya.
Achey maklumkan embrio matang akan dimasuukan ke tubuh isterinya.
Menerusi video yang dimuat naik, Anne turut dilihat berpelukan dengan anak perempuan mereka sebelum memasuki sebuah bilik dipercayai bagi menjalani proses berkenaan.
Dalam pada itu, Achey turut meminta doa daripada peminat agar urusan IVF Anne dipermudahkan sekali gus memperoleh hasil yang diharapkan.
“Doakan proses ini berjalan lancar. Proses ini bukan mudah, kita positif, kita boleh positif.
"Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak... doakan kami terus kuat," katanya.
Menjengah ke ruang komen, ramai rakan artis dan peminat turut mendoakan agar urusan pasangan berkenaan dipermudahkan.
Acey dan Anne minta doa dari peminat.
Malah mereka juga berharap agar Achey dan isteri tidak berputus asa dalam usaha mendapatkan zuriat.
"
"Insya-Allah ada rezeki. Tak lambat, tak cepat. Mesti kena pada masanya. Semoga dipermudahkan segala urusan.
"Kun fa ya kun, teruskan usaha Acey dan Anne. Jangan putus asa. Semoga kamu berdua terus tabah," antara komen netizen.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang diambil pada tahun 2018.