“Nampak badan wanita tertimbus, kami gali tanah dengan tangan..” Mangsa dedah sesuatu
“Nampak badan wanita tertimbus, kami gali tanah dengan tangan..” Mangsa dedah sesuatu
Seorang lelaki yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi tadi bercerita pengalaman ketika berdepan detik cemas itu.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Bercerita lanjut, kejadian berlaku sekitar 2 pagi ketika mereka sedang tidur di khemah masing-masing sebelum terdengar bunyi seperti dentuman kilat dan runtuhan tanah turut dirasai.
“Kami kemudiannya terus keluar untuk selamatkan diri. Malam tadi hujan cuma renyai.
“Saya bersyukur kumpulan kami semua selamat cuma khemah saya saja koyak dalam kejadian itu. Kami datang ke tapak perkhemahan itu sejak kelmarin dan sepatutnya pulang hari ini,” kongsinya lagi.
10 Berjaya Dibawa Keluar
SERAMAI 10 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat.
“Mayat mangsa yang ke-10 berjaya dibawa keluar,” menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di laman Twiiter.
Terdahulu, Nadma memaklumkan setakat pukul 9.15 pagi Jumaat, seramai 92 mangsa telah ditemui.
“Hasil siasatan mendapati 53 mangsa ditemui selamat, tujuh cedera dan lapan mangsa meninggal dunia.
“Sehingga kini operasi SAR (mencari dan menyelamat) masih diteruskan,” katanya.
Lakukan Dengan Cermat
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan terlibat dalam operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor, menjalankan gerak kerja secara rapi dan sistematik.
Menerusi kenyataan, beliau memaklumkan terkejut dengan insiden yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berhampiran jalan yang menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.
“Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.
“Saya juga dimaklumkan menteri-menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan agar misi yang sedang dijalankan itu dapat dipermudahkan.
Beliau juga memaklumkan, akan turun ke lokasi kejadian pada sebelah malam.
Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)