Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Kamu kejam rampas bayi kami...!!!” - Lelaki merana anak meninggal, isteri parah dalam kemalangan gara-gara lori lebih muatan😱


[V] “Kamu kejam rampas bayi kami!” - Lelaki merana anak meninggal, isteri parah dalam kemalangan gara-gara lori lebih muatan
VIDEO kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua kereta tular di media sosial sejak pagi Isnin meraih perhatian netizen.
Dalam rakaman bertarikh 29 Oktober lalu itu, sebuah lori dilihat memecut laju ketika menghampiri selekoh, menyebabkan muatan yang dibawa terhumban ke atas sebuah kereta.
Dalam sekelip mata, kereta tersebut dilihat terbalik ke dalam parit sebelum sebuah lagi kereta di belakang turut mengalami nasib serupa.
Dakwa salah seorang mangsa dikenali sebagai Ding Sheng Koh yang memandu kereta, kemalangan menyebabkan isterinya cedera parah sehingga bayi dalam kandungan meninggal dunia.
Menerusi posting di Facebook pada Ahad, pemandu tersebut berkata dia tidak akan memaafkan pemandu dan syarikat lori tersebut, malah dia belum menerima sebarang permohonan maaf sehingga ke hari ini.
"Saya dan isteri akan menyambut kelahiran bayi kami ke dunia dan kamu rampas bayi kami dalam kemalangan ini. Ia boleh dielak, tetapi kerana tindakan melulu pemandu lori serta kecuaian syarikat, ia menjadi punca kejadian itu.
"Saya tak akan maafkan kamu. Tiada wakil syarikat kamu dan syarikat penghantaran yang menghubungi kami untuk minta maaf atau ucap takziah selepas kejadian berlaku. Kamu lukai keluarga kami dengan kemalangan ini," ujarnya penuh kecewa.
Menurut pemandu itu lagi, dia sedih melihat keadaan isterinya yang menangis saban hari mengenangkan kematian bayi mereka.
"Kerana kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya retak, tiga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam sangat nak rampas dia daripada kami?" katanya lagi.
Dalam posting panjang lebar di Facebook, lelaki itu turut mempersoalkan tindakan pemandu lori yang membahayakan orang awam.
"Saya harap selepas kejadian ini, pihak syarikat kamu gunakan trak yang betul untuk menghantar barang. Untuk syarikat penghantaran, saya harap kamu mengupah pemandu yang bertanggungjawab.
Trak adalah sejenis alat untuk kamu semua mencari rezeki, tetapi kamu tidak boleh pentingkan diri sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain," ujarnya lagi.