Tiz Zaqyah Dituduh Tinggal Berduaan Dgn Lelaki Selepas Ada Kelibat Lelaki Sedang Seterika Baju Dlm VIdeo. Tiz Zaqyah Tampil Jelaskan Apa Sebenar Berlaku

Baru-baru ini, pelakon jelita iaitu Tiz Zayah telah menjadi perhatian orang ramai selepas memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan dirinya di sebuah bilik hotel.

Menerusi video tersebut, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah binti Abdul Razak dilihat sedang membuat trend di aplikasi berkenaan dengan menghempaskan badannya ke atas katil secara slowmo.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah kelibat seorang lelaki dilihat sedang menggosok baju dengan streka di dalam bilik yang sama.

“Seronok Tengok Si Celak* Sekalian Bertanya” – Respon Tiz Zaqyah Lepas Dituduh Berduaan Dengan Lelaki Dalam Bilik Hotel

Susulan itu, timbul dakwaan dalam kalangan warga net yang mendakwa pelakon berusia 24 tahun itu berdua-duaan dengan lelaki berkenaan.

VIDEO:

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menegur Tiz kerana sebilik bersama lelaki yang bukan mahram selain mempersoalkan sama asa status mereka sudah berkahwin atau tidak.

ITU TEMPAT BILIK BEREHAT UNTUK KRU PRODUKSI DAN BILIK MEKAP

Tampil menjawab dakwaan, Tiz menjelaskan bahawa bilik hotel tersebut merupakan bilik mekap dan wardrobe tempatnya bersiap di set penggambaran.

Menerusi ciapan di laman Twitter, pelakon drama Nur Kasih itu terhibur apabila melihat sesetengah pihak sibuk bertanyakan perkara tersebut.

“Bilik makeup and wardrobe tempat kita bersiap nyah. Kau ghase? Them busuk hatis got the bait. HAHAHA seronok tengok si cel*ka sekalian ‘bertanya’. More please.” – Tiz Zaqyah

Sumber: BeautifulNara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.