"PM janji tak nak terima gaji, Netizen dedahkn jumlah gaji Fantastis Sang Perdana Menteri...😱",-
PM janji tidak mahu terima gaji, sekali Netizen dedahkn jumlah gaji Perdana Menteri
Kajang: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengotakan janjinya untuk tidak menerima gaji yang diterima sebagai Perdana Menteri.
Perdana Menteri berkata, itu langkah pertama yang akan dibuat dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
Keputusan itu dibuat ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi selain ketidaktentuan ekonomi.
Jika dilihat diruang komen harian metro, Segelinti netizen memaklumkan jumlah gaji perdana menteri berjumlah 65 ribu ringgit,
Keputusan itu dibuat ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi selain ketidaktentuan ekonomi. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Anwar berkata, melihat kesusahan rakyat dengan harga barang naik dan tiada tindakan berkesan daripada kerajaan menyebabkan beliau tidak sanggup mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.
“Sekarang ini adakah menteri yang sanggup turun gaji, adakah duta khas yang tidak mahu ambil gaji, ada tak pemimpin tidak hadir parlimen tidak ambil elaun.
“Jadi jika rakyat memberi mandat kepada PH, saya tidak sampai hati ingin mengambil gaji menteri ketika rakyat macam ini (kesusahan),” katanya ketika berucap pada Jom Ngeteh Bersama Anwar Ibrahim di Bazaria Pantai, Pantai Dalam, di sini, hari ini.
Dakwanya, melalui kempen dijalankan, beliau mendapati rakyat menuntut PH membawa perubahan dan pihaknya akan menunaikan kehendak rakyat itu.
“Ini peluang baik bagi kita untuk menukar landskap politik tanah air dengan mengangkat wakil rakyat (PH), menteri dan menukar Perdana Menteri. Jika rakyat mahu perubahan, saya ikut,” katanya.
Beliau berkata, masalah negara ketika ini adalah soal ekonomi di mana orang di atas tidak faham masalah rakyat.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu berapa banyak warung ditutup…jadi oleh itu kita kena pastikan ubah kerana negara ini dan rakyatnya sudah elok, hasil banyak tetapi hanya pemimpin kaya semuanya.
“Bagi kita kesempatan untuk buat perubahan. Ada orang kata sama saja ketika PH memerintah 22 bulan… ada kebaikan, ada kekuatan dan ada kelemahan sepanjang tempoh itu di mana siapa ketuanya (Perdana Menteri) ketika itu tetapi kalau 20 November ini kita menang ketuanya siapa pula,” katanya.
Sumber HM