“Macam saya ni batak..” Ungku lsmail takkan kongsi tentang perkembangan Nad lagi. Rupanya ini yg berlaku


SEJAK hari pertama Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, rakannya yang juga aktor Ungku Ismail kerap berkongsi perkembangan terkini pelakon berkenaan termasuk kepada pihak media.

                  

Ungku Ismail berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, permintaan mendoakan kesihatan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, semakin menghilang apabila ada segelintir mengasak soalan peribadi yang membuatkan dia dan keluarga aktres itu kurang senang.

“Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push, dengan heading provoke. Berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja.

“Pudar sudah, dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan tidak relevan.

“Ini sudah bukan apa saya mahukan untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” katanya.

Tambahnya, dia tidak akan lagi berkongsi perkembangan terkini aktres berkenaan kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang lebih mahu mengorek kisah peribadinya.

Jelas Ungku Ismail, ini bukan masanya untuk menjaja kisah peribadi mahupun kerjayanya sebaliknya mahu memaklumkan perkembangan terkini tentang kesihatan sahabatnya itu.

“Dan saya yakin ini yang orang nak tahu bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.

“Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa kenyataan perkembangan tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber lain,” katanya yang memohon agar semua pihak terus mendoakan aktres tersebut.

“Buat perkara baik pun org susah nak terima, buat jahat apa lagi… Lepas ni, susah juga nak tahu info terkini tentang Nad Zainal. Bukan semua org boleh sesuka hati pergi ke hospital tu, nak tanya tentang Nad Zainal. Apalagi yg sanggup nak menunggu perkembangan keadaannya dari masa ke semasa, mcm teman rapatnya, Ungku Ismail. Tetapi, ada pula mulut2 yg tak senang hati, merekacipta cerita yg telah menyinggung perasaannya. Mmg payahlah hidup dgn org2 yg ada PHD tak bertauliah ni…” – Intan

“Salah ke ungku ismail sebagai shbt yg paling rapat mengambil berat tentang nad zainal..xsalah pun…bagusnya dia merelakan diri menyampaikan perkembangan tentang nad yg sedang sakit..sepatutnya kita sebagai permerhati..peminat perlu doakan yg baik2 utk mereka..jaga la sensitiviti keluarga nad..kesian ayah ibu dia..anak2nya..kalau ada kwn yg sanggup ambil berat tentang dia..alhmdulillah..sekurang2 nya kita dpt info drp dia..xusah di sebut psl perasaan dia dgn nad..kalau berjodoh pun ape salahnya..nad pun dah single parent .cuma buat ms ni jgn diungkit psl perasaan..untungnya kita kalau ada org yg ambik berat tentang kita..kesihatan kita..tu rezeki juga..” – Fidda

“Wowww, he sounds so bold and highly educated. Keep doing you, ungku. Semoga kesihatan nad semakin membaik. Ameen” – Fateen

Sumber Mstar