Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalillahiwainnaillaihirojiun..Kakitangan Hospital Putrajaya, AimanHafiz meninggal dunia atas jambatan. Salam takziah buat keluarga...


Kakitangan Hospital Putrajaya, AimanHafiz meninggal dunia atas jambatan. Salam takziah buat keluarga

PUTRAJAYA – Seorang kakitangan Hospital Putrajaya (HPj) maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori pembersihan jalan di Jambatan Seri Saujana, di sini petang tadi.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Aimanhafiz Ab. Wahab, 30, yang merupakan kakitangan di Unit Fisioterapi HPj maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah pada kepala.

     

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Muhammad Aimanhafiz Jurupulih perubatan fisioterapi U29 Hospital putrajaya telah kembali ke rahmatullah pada 1/11/2022 jam 3.30 ptg kerana kemalangan. Wakil unit fisioterapi hospital putrajaya memohon agar semua mendoakan segalanya dipermudahkan segala urusan dan rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. inshaAllah amin..AL FATIHAH.. Muhammad Aiman Hafiz ” – Izzati Iznan

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama Lagenda sedang dalam perjalanan menuju ke arah Lebuh Sentosa.

Ujar beliau, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan telah merempuh sebuah lori yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di jambatan berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke bahagian kanan jalan dan disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    

Katanya, ketika kejadian, permukaan jalan rata serta kering dan jambatan itu mempunyai tiga laluan sehala.

A. Asmadi berkata, mayat mangsa seterusnya dibawa ke HPj untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

  

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo