“Allah Bagi Kesembuhan, Jangan Lupa Diri..” – Elyana Dikecam Buat Trend ‘Swipe’

“Allah Bagi Kesembuhan, Jangan Lupa Diri” – Elyana Dikecam Buat Trend ‘Swipe’
Selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung, penyanyi Elyana terus menerima kecaman netizen, namun ada yang memberikan kata-kata positif buatnya.
Baru-baru ini, perkongsian Elyana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video menari mengikut trend lagu terkini nyanyian Alpyh iaitu Swipe.
Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila ada yang terkenang kembali ketika Elyana sakit sebelum ini.
Pada Ogos lalu, Elyana mengakui tidak lagi berhijab. Elyana berkata dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.