Nasib baik tak sempat kahwin, gadis terkejut ‘teman lelaki’ sebenarnya wanita!!!
Nasib baik tak sempat kahwin, gadis terkejut ‘teman lelaki’ sebenarnya wanita
Nasib baik tak sempat kahwin, gadis terkejut ‘teman lelaki’ sebenarnya wanita. Seorang gadis terkejut apabila mengetahui ‘teman lelakinya’ selama ini sebenarnya merupakan wanita yang menyembunyikan identitinya, lapor akhbar Daily Star semalam.
Roxanne Shurmur, 30, bertemu dengan Tarjit Singh, 32, menerusi satu laman web mencari jodoh, namun tidak mengetahui nama sebenar ‘lelaki’ itu adalah Hannah Walters.
Tarjit yang kini mahu dikenali sebagai lelaki dikatakan menyembunyikan ciri fizikal kewanitaannya dengan memakai alat sulit palsu.
Apabila Roxanne mendapat tahu mengenai identiti sebenarnya, Tarjit dilaporkan membelasah wanita itu dan mengugut untuk membakarnya.
“Dia seorang yang penyayang, lucu, merendah diri dan berpakaian seperti lelaki. Saya langsung tidak mengesyaki identiti sebenarnya,” kata Roxanne.
Tambah Roxanne, selepas membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Tarjit, dia cuba menyokong wanita berkenaan dan ada memberitahu perkara itu kepada beberapa rakannya.
“Dia menumbuk saya sejurus mendapat tahu bahawa saya ada memberitahu rakan yang lain dan mengugut agar saya tidak mencampuri urusannya.
“Dia turut mendakwa sudah melakukan pembedahan menukar jantina dan mula memakai kain bengkung pada dadanya. Apabila saya menyoal perkara itu, dia menyerang saya,” ujarnya.
Keadaan tersebut tiba di kemuncaknya apabila Tarjit menghempas telefon bimbitnya ke wajah Roxanne dan menyebabkan tulang hidungnya patah.
Siasatan polis mendapati Tarjit pernah membelasah dua lagi mangsa lain dengan seorang daripadanya berumur 16 tahun ketika itu.
Tarjit dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dengan pertambahan tiga tahun lagi atas dakwaan menipu dan memanipulasi.