Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

MenyesaI kawen dgn IeIaki dari Afrika, Amoi ini melahirkan 8 anak dIm masa tiga tahun


MenyesaI kawen dgn IeIaki dari Afrika, Amoi ini melahirkan 8 anak dIm masa tiga tahun

CHINA – Seorang gadis berasal daripada Tanah Besar China yang hanya ingin dikenali sebagai Xiao He sangat menyesal dengan perkahwinannya terdahulu dengan seorang lelaki pilihannya daripada Afrika ketika itu.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Xiao yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti mendedahkan perkahwinannya yang tidak baik sebelum ini, dan dia telah berpisah dengan suaminya selepas tiga tahun bernikah dengan bekas suaminya itu.

            

“Saya harus pergi jumpa ibu bapanya lepas saya berkahwin, jadi saya pergi ke Afrika.” kata Xiao He.

Selepas perkahwinan, Xiao He ikut suaminya pergi ke Afrika dan sama sekali tidak menyangka detik itu bermulanya kehidupan yang menyakitkan buat dirinya.

Pemergiannya ke ke Afrika menyebabkan dia terpaksa berhenti daripada pekerjaannya dan yang lebih mengejutkan adalah Xiao He dan suaminya melahirkan LAPAN (8) orang anak dalam hanya masa TIGA (3) tahun.

Setiap kali Xiao He hamil, anak yang berada dalam kandungannya adalah anak kembar.
Apabila Xiao He hamil yang seterusnya, dia akhirnya kembali ke China dengan alasan untuk melawat ibunya. Setibanya Xiao He di China, dia pergi ke hospital untuk ujian kehamilan dan doktor melihat bahawa perutnya penuh dengan kesan kehamilan dan rasa terkejut.

Doktor mempersoalkan alasan Xiao melahirkan ramai anak sehingga 8 orang, dia kemudian mendedahkan bahawa suaminya sangat miskin di kawasan setempat di negaranya dan Kerajaan di Afrika akan memberi bantuan dari segi kewangan kepada keluarga yang mempunyai ramai anak.

“Semakin banyak kanak-kanak, semakin besar sokongan dari kerajaan tempatan. Setiap kali seorang anak dilahirkan, saya dan suami akan mendapat duit yang agak banyak dari kerajaan tempatan…

“Saya tahu bahawa keluarganya adalah miskin, tetapi saya pada mulanya ingin bergantung pada usaha kami berdua untuk bekerja cari duit, saya tidak sangka dia akan menggunakan cara ini,” jelas Xiao dengan nada sedih dan menyesal.

Xiao He yang berasa sangat menyesal kahwin dengan suaminya juga sempat menasihatkan kepada para gadis seluruh dunia terutamanya di negaranya agar tidak silap memilih pasangan hidup.

Sumber FB