Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Isteri Syahmi Sazli kena tipu! taktik pelanggan memang licik!!! “Siapa pun awak, saya halalkan”


Isteri Syahmi Sazli kena tipu! taktik pelanggan memang licik “Siapa pun awak, saya halalkan”

PELBAGAI helah digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa demi kepentingan peribadi.

Salah satunya ialah penggunaan duit palsu yang sering digunakan untuk menipu golongan peniaga kecil.

Terbaharu peniaga dessert dari Kota Bharu, Kelantan, Anissa Faizul mendedahkan dia menerima wang kertas RM50 daripada salah seorang pelanggan di kedainya.

Menurut Anissa, kejadian itu berlaku pada 27 Oktober lalu.

Jelas Anissa atau Nissa yang merupakan isteri kepada bintang YouTube Syahmi Sazli, pihaknya menyedari tentang wang palsu itu sewaktu sedang mengira jumlah hasil jualan harian.

“Siapa pun awak, saya halalkan makanan atau minuman yang awak beli dekat Beli Dessert.

“Khilaf Nissa dan team juga tak double check duit yang kami terima,” ujarnya.

Menerusi video di muat naik di Facebook story, Nissa turut menunjukkan dengan jelas keadaan wang palsu tersebut.

Paling ketara bahagian depan dan belakang ‘wang’ kertas itu dicetak secara berasingan dan ditampal menjadi satu.

Walaupun kecewa dengan tindakan pelanggan itu, Nissa tetap bersabar namun berharap pelaku tidak mengulangi perbuatannya terhadap peniaga-peniaga kecil lain.

“Saya berharap saya orang terakhir awak guna cara ni. Jangan guna cara ni dekat peniaga kecil yang betul-betul memerlukan jualan seharian… kasihan mereka.

Apabila kita halalkan sesuatu dan doakan mereka bertaubat, kita akan dapat ganjaran pahala.
NETIZEN
“Saya anggap tiada rezeki dengan awak. Nanti jemputlah datang lagi Beli Dessert. Tapi, guna duit yang betul ya,” ujarnya.

Hantaran dibuat Nissa di Facebook menerima hampir 10,000 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 200 pelayar lain.

Rata-rata warga maya memuji Nissa yang tidak mengambil tindakan terhadap individu tersebut walaupun boleh menjejakinya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai mereka.

Komen netizen berkenaan kisah yang tular.

“Bersabar Nissa dan Syahmi (suami). Kadang-kadang orang pun tak sedar dapat daripada orang sebelumnya, pakai guna saja. Tapi saya doakan rezeki kamu berdua bertambah.

“Mungkin dia pun tak tahu tu duit palsu. Bersangka baik saja. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki awak dan suami.

“Allahuakbar. Tabik Nissa. Apabila kita halalkan sesuatu dan doakan mereka bertaubat, kita akan dapat ganjaran pahala dan doakan kita dimurahkan rezeki lagi,” komen netizen di Facebook.

Antara dessert yang dijual di kedai Nissa.

KREDIT: MSTAR