“Halal, haram belakang cerita…” Kami raikan sebab seronok, penduduk Arab Saudi sakan sambut Halloween...
“Halal, haram belakang cerita…” Kami raikan sebab seronok, penduduk Arab Saudi sakan sambut Halloween

“Halal, haram belakang cerita…” Kami raikan sebab seronok, penduduk Arab Saudi sakan sambut Halloween. Satu perkara yang mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam apabila negara Arab Saudi meriah menyambut sambutan Halloween pada tahun ini.
Difahamkan sambutan tersebut di sambut di Boulevard, Riyadh dimana tempat berkenaan diubah menjadi pesta pakaian seram yang dilangsungkan pada Khamis dan Jumaat.
Untuk memasuki tempat berkenaan dengan percuma, pelawat diberikan satu syarat iaitu perlu berpakaian menakutkan ataupun kostum watak menyeramkan.
Pihak media telah menemubual seorang pengunjung bernama Abdulrahman yang turut hadir pesta berkenaan dengan berpakaian mahkluk mitologi Amerika Utara Wendigo untuk bertanyakan perasaannya.
Menurut Abdulrahman, ini merupakan kali pertama menyambut Halloween di negara Arab Saudi dan meluahkan rasa seronok.