Terasa ngilu dan seram Isteri dedah suami pakai ‘sesuatu’ bila bersama sampai berdarah di kerjakan!!!
Isteri dedah suami pakai ‘sesuatu’ bila bersama sampai berdarah di kerjakan
Isteri dedah suami pakai ‘sesuatu’ bila bersama sampai berdarah di kerjakan
. Terasa ngilu dan seram bila penulis membaca kisah benar ini. Kesakitan yang dialami isteri ini tak tergambar, selepas si suami menggunakan cincin penis ketika mereka ‘bersama’.
Wahai suami, lebih baik elak menggunakan benda-benda yang ‘merepek’ ini ketika melakukan hubungan seks bersama isteri. Mari ikuti cerita yang dikongsikan oleh Doktor Muhammad Izzat di akaun Twitternya untuk dijadikan pengajaran kepada diri kita semua.
ELAK PAKAI BENDA ‘MEREPEK’ SEWAKTU MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
Melalui perkongsian dari Doktor Izzat, jalan cerita dan watak telah diubah dari kisah sebenar bagi menjaga kerahsiaan dan privasi pesakit.
Jam menunjukkan 3 pagi. Baru nak luruskan pinggang baring dekat katil, patient caesar non-stop malam tu. Tiba-tiba phone berbunyi lagi. Ahh sudah…
“Assalamualaikum Dr Izzat, gynae oncall harini kan? Sorry ganggu pepagi buta ni, saya nak discuss satu kes dari jabatan kecemasan ni.”
“Waalaikumussalam. Okok, kes apa tu?”
“Ada patient ni, umur 20an, dah berkahwin. Datang dengan pendarahan pervaginal (faraj) secara tetiba. Dekat umah dah penuh basah kain batiknya. Katanya darah tak berhenti-henti. Saya dah resus tadi. Patient alert( sedar diri) dan stabil.”
“UPT ( urine pregnancy test ) dah buat ke? Bukan period ke tu? Ada buat bedside scan? Ada masalah kesihatan apa-apa sebelum ni?”
“UPT negative Dr. Kalau ikutkan pesakit minggu lepas baru habis period. Saya scan tadi looks normal. Pesakit sihat sebelum ni, no known medical illness. Tak pernah ada masalah pun dengan period. Yang saya pelik, darah tu fresh bleeding memang actively profuse (mengalir tak berhenti-henti). Saya try nak insert speculum, tapi patient tak berikan kerjasama.”
“Ok. Don’t force her. Nanti saya buat. At the meantime, you bagi IV Tranexamic acid stat (ubat untuk bantu berhentikan darah) dulu. Saya on the way.”
“All right Dr!”
SEHINGGA PESAKIT PAKAI PAD HOSPITAL PUN MASIH PENUH DARAH
Masa saya sampai, patient dah pakai pad (hospital punya) tu pun dah penuh darah.
“Mariam. Dr Izzat ni. Awak ok ke?”
“Saya ok doktor. Cuma pening-pening.”
“Apa jadi tadi ? Cerita dari awal, terus-terang. Saya nak bantu awak.”
“Tadi sebelum tidur, saya ‘bersama’ dengan suami. Sebelum ni ok je doktor. Cuma kali ini sakit sangat, saya pun taktahu kenapa. Lepas bersama tu, berdarah banyak sampai sekarang. Dekat umah kain batik saya penuh darah doktor. Siap ada darah beku.”
“Ok mariam saya kena periksa bahagian bawah tu, kena masukkan alat bernama speculum ni.”
“Doktor buat slow-slow eh. Tadi dorang dah cuba, tapi sakit sangat.”
MASUK SPECULUM UNTUK PERIKSA, MEMBUAK-BUAK DARAH KELUAR
Masuk speculum. Membuak darah. Langsung tak nampak dari mana datang pendarahan tu. Bertakung speculum dengan darah. Allahu. Mata yang mengantok ni pun terus jadi terang!
“Ok mariam, saya rasa kena periksa awak dekat dalam dewan bedah sebab nanti akan bagi awak bius penuh. Senang saya nak locate dekat mana bleeding tu. Examination under anaesthesia (EUA). Awak selesa dan tidur, saya boleh check properly. Kalau macam ini awak kepit-kepit saya tak boleh buat kerja.”