Doktor sendiri pun pelik mengapa kaki boleh membengkak sebesar ini’ – Sakila mohon bantuan jalani pembedahan...😔

‘Doktor sendiri pun pelik mengapa kaki boleh membengkak sebesar ini’ – Sakila mohon bantuan jalani pembedahanDoktor sendiri pun pelik mengapa kaki boleh membengkak sebesar ini’ – Sakila mohon bantuan jalani pembedahan
“Doktor sendiri pun pelik mengapa kaki boleh membengkak sebesar ini dalam tempoh yang singkat, dalam masa empat tahun sahaja kaki boleh mencecah 80 hingga 85 kilogram.”
Itu kata Sakila Ahmad Shamsuri, 39, yang tidak dapat bergerak seperti orang lain selepas menghidap penyakit bengkak pada kaki kirinya dikenali penyakit kaki gajah (lymphatic filariasis).
Beliau yang kini dijaga oleh kakaknya berkata, bengkak pada kakinya sudah mencapai berat kira-kira 80 hingga 85 kilogram dengan ukur lilit 30 sentimeter.
Jelasnya, pemeriksaan di hospital mengesahkan penyakit itu bukan berpunca daripada gigitan nyamuk.
“Menurut doktor, kebanyakan pesakit kaki gajah mengambil masa berbelas tahun untuk membesar hingga mencapai saiz seperti ini,” dipetik Utusan Malaysia.
“Sepatutnya pembedahan saya pada 22 September lalu namun disebabkan tekanan darah saya naik, pembedahan ditangguh dan dijadualkan semula pada 17 Oktober depan selepas pemeriksaan jantung,” lapor Utusan Malaysia lagi.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan boleh menyalurkan bantuan di akaun Maybank atas nama Sakila Ahmad Shamsuri iaitu 1620 5883 1884 atau menghubunginya di talian 019-2490067.