Alhamdulillah… Semoga Tak Berulang ‘Makcik baju merah’ minta maaf, janji tak menyelit lagi… Kes interframe gambar kahwin akhirnya selesai...
- IAlhamdulillah… ‘Makcik baju merah’ minta maaf, janji tak menyelit lagi… Kes interframe gambar kahwin akhirnya selesaiPublished 21 seconds ago on 02/10/2022By KhairulAnwar
- KISAH ‘makcik baju merah’ hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu, selepas seorang pengantin melahirkan rasa kurang senang dengan wanita itu pada hari bahagianya.
Ia ekoran kelibat wanita berkenaan yang banyak kali muncul di merata-rata sepanjang majlis, sehingga ‘merosakkan’ gambar-gambar serta video pernikahan pengantin berkenaan.
Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, pengantin bernama Zarah Yusoff memaklumkan isu tersebut sudahpun selesai, selepas wanita berkenaan memohon maaf.
Kelibat ‘makcik baju merah’ yang dirakam ketika majlis pernikahan Zarah.
“Kami telah berbincang mengenai isu-isu yang berlaku untuk mereka perbaiki bagi mengelakkan ia berlaku lagi di masa akan datang.
“Kiranya sudah selesai di antara saya dengan makcik itu. Makcik tu sudah meminta maaf kepada saya dan saya meminta maaf kepadanya. Jadi, tiada isu lagi… sudah bermaaf-maafan,” katanya.
Disebabkan kedua-dua pihak sudah menyelesaikan isu tersebut, Zarah berkata dia sudah memadamkan video-video yang ditularkan di aplikasi TikTok sebelum ini.
Alhamdulillah semuanya selesai dan harap tak dipanjangkan lagi.
ZARAH YUSOFF
“Cuma makcik itu minta untuk tidak melibatkan nama pihak masjid kerana apa yang berlaku adalah kesalahan dan kesilapan dirinya sendiri, bukannya dari pihak masjid.
“Keduanya, anak dia minta untuk tidak tag atau mention nama kakak dia, MummyBunga, lagi di media sosial. Saya harap siapa yang tag atau mention, untuk delete.
“InsyaAllah pihak masjid akan memperbaiki perkara itu dari mengelakkan ia berlaku lagi di masa depan. Alhamdulillah semuanya selesai dan harap tak dipanjangkan lagi,” ujarnya.
Netizen melahirkan rasa syukur susulan isu berkenaan sudah diselesaikan dengan baik.
Carian mStar di laman TikTok mendapati video-video ‘makcik baju merah’ sudahpun dipadamkan dari akaun Zarah.
Menjengah ke laman komen pula, rata-rata netizen turut melahirkan rasa syukur kerana isu berkenaan diselesaikan dengan baik.
“Alhamdulillah, jalan terbaik.
“Tak apalah, benda boleh bincang, jangan gaduh-gaduh. Ada hikmah di sebalik kejadian.
“Buang yang keruh, ambil yang jernih,” demikian antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Mstar