Air mata kesyukuran sambut kepulangan Azie..🥺
Air mata kesyukuran sambut kepulangan Azie

- Oleh YATIMIN ABDULLAH dan ROHANA MOHD. NAWI
- 3 Oktober 2022, 4:26 pm
KOTA BHARU : Ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd. Naim atau Azie, 36, yang didakwa diculik dan dilarikan ke Thailand sejak 13 September lalu, selamat kembali ke pangkuan keluarga hari ini.
Azie tiba di rumah suaminya di Jalan Kelochor di sini pada pukul 2.50 petang ini dengan diiringi Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun bersama pegawai dan anggota.
Kepulangan Azie disambut dengan tangisan kesyukuran oleh seluruh ahli keluarga termasuk ibu bapanya dan iaitu Mohd. Naim Awang, 70, serta Zahasnah Mohd. Zain, 61, anak, adik-beradik serta sanak saudara.
Selain itu doa selamat turut dibaca sebagai tanda kesyukuran Azie kembali semula ke pangkuan dalam keadaan sihat.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Azie yang didakwa diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, dekat sini pada 13 September lalu diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah lokasi di Thailand.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, susulan itu, mangsa dibawa pulang ke negara ini hasil bantuan pihak berkuasa negara tersebut.
Kata beliau, tujuh individu warga tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
Pada 13 September lalu, mangsa didakwa ‘dilarikan’ tiga lelaki selepas dikaitkan mempunyai kaitan dengan sindiket dadah. – UTUSAN
Anda mungkin menyukai postingan ini :
- “Saya pun marah dgn Ismail, saya minta dia buat….” Didakwa ham1lkan gadis, Kahwin senyap-senyap. Ibu Ismail Izzani Dedah ape yang berlaku…
- “Saya Dah Jga Sebaiknya..Keluarga Nak Ambil Dia..”- Jaga Suami Lumpuh Smpai Boleh Jalan, Akhirnya Siti Rohayu Bercer4i
- “Luluh hati saya..” Bapa kepada wanita maut kemalangan menggigil menanti jenazah anak. Salam takziah buat keluarga
- Tertekan jualan tak laku, akak OKU mohon orang ramai sokong beli burger jualannya.....