MasyaAllah, walaupun ada tanda Halal, masih kena tengok juga kandungannya ada gelatin bab!..😱
Ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dari Brunei yang menemui terdapatnya gelatin babi pada satu produk yang bernama ‘Soft Candy With Jam’ walaupun tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region pada label pembungkusannya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut maklum mengenai hal ini dan telah mengeluarkan satu kenyataan berhubungnya.
Sebelum ini, penemuan meragukannya tersebut menjadi tular selepas Syasya Eyrah membuat satu hantaran di Facebook mengenainya. Ikuti butiran lanjut mengenai isu halal ini melalui hantaran susulan yang dibuat olehnya berikut:
Masya-Allah.. Sudah jelas akhirnya. Barang yang tidak halal jangan dikatakan sebagai halal. Lebih baik elakkan. Memang telah disahkan sebagai tidak halal 👇🏻
#BRUNEIANPPLSAWARE
*c&p*
Penjelasan Isu Tular Status Halal Produk Soft Candy With Jam
Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.
Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.
Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.
Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.
Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/drive/folders/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1_uZQy?fbclid=IwAR38U2SE1A7djkj4zWUbdhEacI8_ztxu-D7LTs2DsY89mlvNLX5U2rxpihI
Sekian
“Yakini Halal Malaysia”
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1