Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

lbu hamil sampai menangis mengidam naik kereta kebaI, sekali ini yang ATM lakukan buat ramai tergamam

LUNA MAYA

lbu hamil sampai menangis mengidam naik kereta kebaI, sekali ini yang ATM lakukan buat ramai tergamam

Sudah menjadi kebiasaan, setiap ibu yang hamil pasti mempunyai perasaan mengidam yang tersendiri. Apabila perasaan itu hadir, ia perlu dipenuhi demi anak yang dikandung.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Terbaharu, tular di laman sosial apabila seorang ibu hamil bukan mengidam untuk makan sesuatu namun, dia mengidam untuk naik kereta kebal, Angkatan Tentera Malaysia.

      

Ujarnya lagi, dia atau lebih mesra disapa dengan panggilan Omma sangat memahami keadaan anaknya itu kerana dia sendiri sudah melalui fasa yang sedang dialami anak kesayangannya.

Menghiraukan rasa malunya, sebaik sahaja tiba di kawasan kem itu, Omma meminta izin kepada anggota tentera yang berada di berhampiran untuk menaiki kereta kebal tersebut.

Akhirnya, atas budi bicara anggota tentera, mereka sekeluarga dapat menaiki kereta kebal tersebut dan anaknya itu menangis gembira kerana dapat melepaskan rasa mengidamnya selama ini.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira apabila mereka dapat melihat keiginan ibu hamil itu akhirnya tercapai.

        

Bukan itu sahaja, netizen turut kagum serta memuji sikap anggota tentera yang memberikan keizinan pada ketika itu yang sanggup mengemaskan dalaman kereta kebal itu demi memenuhi ibu yang mengidam.

      

Malah, majoriti netizen mendoakan agar anak yang dikandung oleh wanita tersebut lahir menjadi seorang yang berjuang untuk tanah air, kelak.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @omma_ellysha76