Isu culik agen kosmetik : Minta wang tebusan jutaan ringgit? Keluarga Azi tampil jelas hal sebenar
Ini Penjelasan Keluarga Azi Tentang Wang Tebus4n RM1 juta atau RM10 juta
Tumpat: “Sehingga kini kami tidak menerima sebarang panggilan yang meminta wang tebus4n berhubung pencvlikan Azi,” kata ahli keluarga ejen jualan kosmetik yang dilarikan sekumpulan penjen4yah, Rosnazirah Mohd Naim, minggu lalu.
Ahli keluarga wanita berusia 36 tahun itu berkata, setiap kali menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali, mereka sekeluarga akan berdebar kerana menjangkakan bakal mengetahui berita mengenai Azi.
“Setakat ini kami tidak menerima apa-apa panggilan mengenai wang tebus4n sama ada RM1 juta atau RM10 juta sekalipun. “Jika benar ada terima (panggilan), sudah pasti pihak p0lis yang pertama diberitahu namun sehingga kini bukan saja meminta wang tebus4n, panggilan telefon memberitahu di mana Azi berada juga langsung tidak diterima,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ahli keluarga itu berkata, jika menerima panggilan yang meminta wang tebus4n mencecah jutaan ringgit sekalipun, pihaknya tidak dapat menyediakannya kerana nilai itu melebihi kemampuan mereka. Katanya, hidup mereka kini dalam ket4kutan selagi tidak selesai k3s itu dan sentiasa rasa ter4ncam lebih-lebih lagi apabila melihat kereta yang tidak dikenali di hadapan rumah.
“Kami sekeluarga sudah lama tidak keluar rumah dan ada juga yang tidak ke tempat kerja kerana berasa t4kut akan keselamatan selain tr4uma dengan kejadian yang menimpa Azi. “Jika kelihatan mana-mana kenderaan yang tidak dikenali dilihat di luar rumah, kami segera mencatat nombor pendaftaran dan menyerahkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Sumber: metro