"Ganti Nabil Dalam Gegar Vaganza, Danial Zaini Teruk Dihentam Netizen Dan Akhirnya Danial Tampil Buat Kenyataan Ini..."
“Ada Yang Anggap Saya Pengacara Paling Teruk” -Ramai Cari Nabil Kerana GV Hambar, Danial Zaini Tampil Cerita Perkara Sebenar
Program hiburan Gegar Vaganza 2022 yang sedang berlangsung didakwa hambar disebabkan ketiadaan pengacara tetapnya Nabil digantikan dengan pelawak Daniel.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai berpendapat gandingan pelawak itu dan Elly Mazlein pada minggu ini tidak begitu menjadi.
Malah, ada juga yang menganggap pelawak itu tidak sesuai mengacarakan program sebesar itu.
Difahamkan, Nabil tidak dapat mengacarakan konsert pada minggu ini kerana menyertai program The Toyota GAZOO Racing musim ke-5.
“Rasa tidak meriah dan hilang seri program bila Nabil Ahmad tiada minggu ke-2 ni,” kata Haizad.
“Nabil & Jihan jantung GV sebenarnya.. Kak Lina berjaya gantikan Jihan.. Danial pulak memang sama sekali tak sesuai dengan program sebesar ni,” kata Shafiq.
“Nampaklah betapa hambarnya GV tanpa Nabil dan Jihan. Kak Lina yang meriah gitu pun tak boleh nak ‘carry the vibe’,” kata Enche.
Terdahulu, penyanyi Elly Mazlein menggantikan hos asal Gegar Vaganza, Jihan Muse yang kini sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak kedua pada awal September lalu
Daniel (kiri) menggantikan tempat Nabil sebagai hos Gegar Vaganza pada minggu ini
GV9: “Ada Yang Anggap Saya Pengacara Paling Teruk” – Danial Zaini Tampil Mohon Maaf, Last Minute Terpaksa Ganti Nabil Ahmad
Kehadiran pelawak Danial Zaini sebagai penganti Nabil Ahmad di konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung pada malam Ahad mengundang kecaman netizen.
Dianggap tidak sesuai mengacarakan GV9, Danial menjelaskan dia dimaklumkan untuk menggantikan tempat Nabil pada empat jam sebelum konsert berlangsung.
“Mungkin ada yang tak tahu apa berlaku di belakang tabir. Nabil tak ada minggu ini sebab ada event lain dan saya pula memang setiap minggu saya ada GV Live +. Saya dapat tahu jadi bidan terjun pun empat jam sebelum show.
“Saya dapat call daripada produksi dalam pukul 3 atau 4 macam itu, mereka kata urgent kena ganti. Ada cari host lain, tapi mereka tak available. Jadi, saya ambil tanggungjawab tu. Kalau tolak, saya tetap kena datang buat GV Live +.
“Saya tak ada reheasal apa-apa di pentas, cari baju pun last minute. Saya dapat skrip dalam dua jam sebelum naik pentas. Saya terus jumpa Kak Lina untuk baca skrip,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan cara Danial mengendali GV9 dan menganggap pelawak itu telah merosakkan program.
Menyedari kekurangannya, Danial bagaimanapun memohon maaf kepada peminat GV9 dan menerima komen negatif daripada netizen dengan hati terbuka.
“Siapa saja ganti, mesti akan kena banding dengan Nabil yang dah lama kendali GV.
Apatah lagi saya yang baru, masih jagung dalam bidang pengacara. Saya faham dan hadap benda ini sebagai anak seni.
“Apa-apa pun, saya tetap bangga dapat peluang jadi host GV. Saya minta maaf kepada peminat GV. Ada yang kata saya rosakkan program dan anggap saya host paling teruk… tapi saya reda dan terima.
“Minta maaf saya tahu ada kekurangan menjadi pengacara malam ini. Pengajaran untuk saya, dan tetap akan terus belajar. Saya hanya melakukan kerja untuk mencari nafkah,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
kredit:kosmo