Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Astaghfirullah... Warga Emas Tega Jadikan dua anak perempuan hamba seks selama tujuh tahun😣


Jadikan dua anak perempuan hamba seks selama tujuh tahun, warga emas terima padah dikenakan hukuman sebat

Melaka: Lelaki yang menjadikan dua anak kandung berusia 15 dan 19 tahun sebagai hamba seks sejak tujuh tahun lalu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas 28 pertuduhan termasuk merogol dan melakukan seks luar tabii.

Tertuduh berusia 56 tahun itu membuat pengakuan sejurus dibacakan semua pertuduhan itu oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Sepanjang prosiding tertuduh yang memakai baju-T hitam serta berseluar panjang warna coklat kelihatan sugul di kandang pesalah dan hanya menundukkan kepala.

                   

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu tempat sama pada tarikh dan masa berlainan antara 4 Mei 2019 hingga 5 September 2022.

Bagi kesalahan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukum penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta 10 sebatan jika disabitkan.

Pertuduhan melakukan seks dengan memasukkan objek ke bahagian sulit mangsa dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan denda serta sebat.

Kesalahan amang seksual fizikal pula didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama seksyen 16 akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii, bapa kepada lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan terhadap isterinya berusia 47 tahun dengan mengatakan mahu membunuhnya dan anak-anak di tempat sama, pada 5 September lalu, kira-kira jam 11 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 506 kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya (mendatangkan ketakutan) dan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali (ugutan bunuh).

Hakim Nariman dan Majistret Mazana Sinin bagaimanapun menangguhkan esok untuk fakta dan hukuman terhadap tertuduh selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari dan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob yang menjalankan pendakwaan berasingan bagi menyediakan fakta kes.

Terdahulu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi semua 29 pertuduhan sementara menunggu keputusan hukuman esok.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan mahkamah dia tiada wang untuk membayar ikat jaminan selain menghidap pelbagai penyakit termasuk, sakit kulit kronik, sakit jantung, diabetes dan darah tinggi.

Berikutan tidak mampu membayar ikat jamin, tertuduh yang beristeri dua itu kemudiannya ditahan polis sementara menunggu keputusan hukuman esok.

Sumber HM