“13 tahun kahwin blum ada anak, Isteri pertama suami ada 4 orang anak…. Jadi saya… ” 10 tahun Menyepi.. Tak sangka ini sebenarnya terjadi pada Waheeda…
Teguran Dari Allah Kod😱!??
Masih Ingat Dengan Penyanyi Waheeda? Begini Keadaan Beliau Sekarang Setelah 10 Tahun Menyepi. “kalau ada anak, Alhamdullilah, tiada anak pun Alhamdulillah,”Meskipun sudah lebih 10 tahun menjauhkan diri dari muzik, penyanyi Wassini, Waheeda mengaku sukar melakukannya disebabkan muzik sudah menjadi sebahagian daripada fitrah diri.Justeru, Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab, 44, masih berkecimpung dalam dunia muzik, namun, lebih kepada aktiviti belakang tabir.” Pada asalnya, saya mahu meletakkan noktah kepada dunia nyanyian. Namun, macam mana pun, saya rasa tidak boleh.” Bagi saya, ini kerja Allah. Walau macam mana saya tolak, ia tetap kembali. Lebih-lebih lagi apabila saya berkahwin dengan seseorang yang berkecimpung dalam industri seni.
Belum dikurniakan cahaya mataBertanya mengenai kehidupan berkeluarga, Waheeda mengaku masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.” Isteri pertama Ustaz Akhil ada empat anak. Saya tiada lagi (anak). Alhamdulillah, setakat ini saya okay sahaja. Saya sudah 44 tahun, tidak mengapalah.
” Saya dan suami bersyukur sebab sudah lebih 10 tahun besarkan anak-anak sepanjang 13 tahun berkahwin.” Jadi, sekarang baru hendak mula untuk diri sendiri. Itulah sebab saya buat muzik sekarang ini.” Bagi saya, kalau ada anak, Alhamdullilah, tiada anak pun Alhamdulillah,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Akhil pada 2009.sumberbolali