Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Bayar hutang dulu baru nikah” – belum pun bernikah sudah timbul isu ini, tak sangka tndkn Shahir Zawawi.

“Bayar hutang dulu baru nikah” – belum pun bernikah sudah timbul isu ini, tak sangka tndkn Shahir Zawawi.

DALAM debaran menantikan bakal bergelar suami Jumaat ini, nama Shahir Zawawi terpalit dengan kontroversi apabila ada pihak membangkitkan soal kegagalan penyanyi itu menjelaskan hutang.D ipercayai berhubung pembayaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni. Menjawab dakwaan berkenaan, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak tahu menahu. 

“Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya,” katanya kepada mStar. Sementara itu, berkongsi mengenai pernikahannya dengan Jaskin Jaludin pada 2 September ini, Shahir memberitahu sedang sibuk melakukan persiapan namun ia membantu mengurangkan debaran bergelar suami.

“Memanglah ada rasa berdebar nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibuk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan takut itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis. Persiapan diri sendiri pula tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai seorang suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus. Banyak yang akan saya tempuh dan belajar selepas berkahwin nanti.

“Sebelum ini hanya fikir diri sendiri sahaja, tetapi selepas ini saya ada isteri dan keluarga mentua. Perlu fikir tentang tanggungjawab lebih besar,” ujarnya. Menerusi ruangan komen di portal berita berkenaan, seorang individu yang juga pekerja industri hiburan mendakwa mengalami kerugian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut.

Komen tersebut juga mendapat sokongan seorang lagi individu yang mendakwa perkara sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain. Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu,” komen individu berkenaan. Sumber : mstar